Friday 16 June 2023

16062023 Jumaat - Doa - Mesyuarat Aungung PIBG SMKASM Kali ke - 46

بسم الله الرحمن الرحيم , الحمد لله رب العالمين  والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد خاتم النبيين وعلى آله وصحبه أجمعين.  اللهم إنا نسألك علما نافعا وقلبا خاشعا وعملا متقبلا , ورزقا حلالا واسعا يا فتاح يا عليم , نوّر قلوبنا بنور هــدايتك .

Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, keluarga Baginda, Para Sahabat, Tabiin, tabii Tabiiin dan sekelian yang mengikuti jejak langkah mereka dengan kebaikan sehingga ke hari kiamat. Ya Allah ya Rahman Ya Rahim, kami hamba-hambaMu yang lemah lagi dhaif ini dengan rasa penuh khusyuk dan tawadhu’ menadah tangan, berdoa, bermunajat, memohon limpahan Rahmat dan keberkatanMu. Sesungguhnya hanya dengan izin dan kehendakMu jua, maka pada petang hari Jumaat yang mulia ini di Dewan Ibnu Bathutha kami dapat mengadakan mesyuarat  Agung PIBG SMKA Sultan Muhammad, Melaka kali yang ke 46. Semoga Melalui mesyuarat ini, kami dapat menggembeling seluruh tenaga dan idea dengan memberikan pandangan-pandangan yang jelas, idea-idea yang bernas, pemikiran yang sahih dan maju ke hadapan, saling bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran, dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim melalui kerjasama dan perkongsian pintar antara semua pihak yang terlibat dan seterusnya memberikan iltizam ke arah meningkatkan lagi prestasi dan pencapaian organisasi.  Ya Allah, Berkatilah Mesyuarat yang Kami adakan ini, permudahkanlah segala urusannya dan sempurnakanlah perjalanannya dari permulaannya hingga kepengakhirannya serta tercapai segala  objektif dan matlamat yang dihasratkan. Ya Allah Ya Aziz Ya Fattah Ya Wahhab -, Kurniakanlah ganjaranMu yang tidak terhingga kepada setiap orang yang telah mencurahkan keringatnya dalam menjayakan visi dan misi SMKA Sultan Muhammad menjadi sebuah sekolah yang sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang, dulu kini dan selama-lamanya kerana di sinilah lahirnya Ulama' dan Umara' yang memimpin Ummah dan menerajui negara tercinta di sepanjang zaman. 


{ والذين استجابوا لربهم وأقاموا الصلاة وأمرهم شورى بينهم ومما رزقناهم ينفقون } ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار . وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين


No comments:

Post a Comment

16062023 Jumaat - Doa - Mesyuarat Aungung PIBG SMKASM Kali ke - 46

بسم الله الرحمن الرحيم , الحمد لله رب العالمين  والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد خاتم النبيين وعلى آله وصحبه أجمعين.  ...